Tahukah anda??
Seorang hackers boleh dapatkan password facebook anda dengan hanya mengetahui alamat e-mel anda. Anda x kisah sebab akaun anda percuma?? Bagaimana jika ia disalahguna untuk aktiviti jenayah. Lebih malang jika password itu sama atau hampir sama digunakan utk akaun e-mel, akaun bank dll.
- Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. So, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
- Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj,http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pemendek tersebut. So, beware.
- Gunakan perisian Anti-Virus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials atau Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
- Gunakan perisian Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atauKaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
- Selalu scan komputer anda dengan perisian Anti-Virus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
- Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
- Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
- Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
- Jangan menggunakan talian Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
- Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
- Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
- Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya. Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
- Jangan online Facebook anda di kafe siber.
- Jangan menjadi mangsa keylogger. Sila gunakan perisian Anti-Virus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keylogger yang menusup masuk ke sistem komputer anda.
- Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda. Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
- Jangan mencari gaduh dengan hacker atau penggodam.
- Bagi yang memiliki Facebook Fan Page sendiri, sila pastikan semua admin Fan Page anda itu mengikuti tips yang tertera di atas ini bagi mengelakkan Facebook Fan Page anda mudah digodam.
